WORLD TRAVELLER CARE
Kembara adalah kepulangan dengan kenangan, bukan kebimbangan.
Melihat dan mengenali tempat-tempat baru seringkali menyeronokkan.
Namun pengembaraan boleh menimbulkan kesulitan, daripada perjalanan anda
dibatalkan sehingga kehilangan bagasi. Jadikan kami teman perjalanan
anda dan kami akan melindungi anda di setiap langkah. Anda tidak perlu
risau jika kaki terseliuh atau perjalanan ditangguhkan. Dengan kami di
sisi anda, anda boleh merasai kenangan baru dan pulang tanpa
kebimbangan.
Jaringan Keselamatan Semasa di Luar Negara
World
Traveller Care adalah pelan Insurans perjalanan untuk melindungi anda
sekiranya anda menghadapi sebarang musibah yang tidak dijangka semasa
mengembara. Ia mempunyai liputan di seluruh dunia dengan 4 pelan dan
jenis manfaat yang disediakan untuk pengembara sebagai individu atau
bersama keluarga.
Pelan Lawatan TunggalUntuk
perjalanan tunggal ke destinasi-destinasi percutian impian anda atau
untuk tujuan perniagaan, anda boleh memiliki perlindungan jenis ini sama
ada anda mengembara di dalam atau di luar negara.
Pelan Lawatan TahunanUntuk
yang kerap mengembara, anda boleh menjimatkan wang, masa dan kerumitan
membeli pelan Insurans perjalanan setiap kali anda ingin membuat
perjalanan. Tiada sebarang had dikenakan ke atas kekerapan perjalanan
selagi setiap perjalanan tidak melebihi 90 hari berturut-turut.
Manfaat Utama
- Bila-bila Masa, Di Mana sahaja
Di
mana sahaja, pada bila-bila masa, Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan
Perubatan 24 jam disediakan dengan hanya satu panggilan sahaja.
- Perlindungan Komprehensif
World Traveller Care membolehkan anda memilih untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh untuk pasangan dan anak-anak anda.
- Perlindungan Perubatan
Nikmati
faedah yang merangkumi pelbagai keperluan perubatan anda seperti
kemasukan hospital, perbelanjaan rawatan dan manfaat penjagaan ihsan.
Perlindungan manfaat adalah sehingga RM1,0000,000 bergantung kepada
pelan yang dipilih.
- Kesulitan Perjalanan
Anda tidak
perlu bimbang tentang musibah pengembaraan, kerana World Traveller Care
akan memberi pampasan atas perbelanjaan yang ditanggung akibat daripada
sebarang kesulitan seperti pembatalan perjalanan, dan kelewatan
perjalanan.
- Kehilangan atau Kelewatan Bagasi
Jika bagasi anda tidak tiba atau lewat ke destinasi anda, anda akan dibayar pampasan untuk kesulitan yang dialami.
- Kehilangan Dokumen Perjalanan
Nikmati
perjalanan secara berterusan walaupun anda kehilangan dokumen kerana
World Traveller Care akan menguruskannya untuk anda. Manfaat ini
termasuk perlindungan untuk kehilangan visa, pasport dan tiket
perjalananan.
- Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal
Sekiranya
berlaku Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal,
perlindungan sehingga RM500,000 bagi setiap orang dewasa dan RM1,500,000
untuk keluarga akan dibayar.
- Perlindungan terhadap Keganasan
Menyediakan
perlindungan bagi kecederaan anggota badan, kematian atau hilang upaya
kekal yang dialami dan kerugian atau kerosakan (untuk manfaat berkenaan)
akibat daripada kegiatan keganasan di mana Orang Yang Diinsuranskan
tidak terlibat dalam kegiatan tersebut sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
Kelayakan
Individu/Dewasa
mestilah berumur di antara 18 hingga 70 tahun, warga emas mestilah
berumur di antara 71 hingga 80 tahun dan kanak-kanak mestilah berumur
sekurang-kurangnya 45 hari dan di bawah 23 tahun sekiranya masih belajar
sepenuh masa.
Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 jam
1. Talian hotline: 03-2161 0270 (Nombor panggilan semula)
2. Beroperasi secara 24/7, perlindungan 365 hari setahun di seluruh dunia.
3.
Menyediakan bantuan perjalanan dan perubatan di seluruh dunia dengan
lebih daripada 400,000 penyedia perkhidmatan dan mampu bertutur di dalam
40 Bahasa.
4. Bantuan Perjalanan termasuk:
• Bantuan Kehilangan Bagasi
• Bantuan Kehilangan Pasport atau Dokumen
• Penterjemah atau Rujukan Terjemahan
• Bantuan Maklumat Cuaca
• Nasihat Pra-perjalanan
• Jadual Penerbangan, Maklumat dan Tempahan atau Bantuan Penempahan Tiket
5. Bantuan Perubatan termasuk:
• Rujukan Maklumat Perubatan dan Nasihat 24 Jam
• Tempahan Hotel/Kereta Sewa
• Pengurusan Kemasukan ke Hospital
• Perkhidmatan untuk Mengatur Temujanji dan Rawatan dengan Doktor Tempatan
• Pengurusan dan Pembayaran Pendahuluan untuk Lawatan Ihsan
• Penghantaran ubat-ubatan penting
Senarai
ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Kontrak Polisi untuk
maklumat lanjut mengenai bantuan perjalanan dan perubatan