AGENT

AGENT

T

T

Tuesday, 10 November 2015

ETIQA TAKAFUL - MOTOR







1ST PARTY AND 3RD PARTY





















Kami di Etiqa faham betapa pentingnya untuk anda menggunakan
kereta untuk pelbagai tujuan.Sekiranya malang menimpa, Takaful
Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa memastikan setiap tuntutan dapat diselesaikan secepat yang mungkin agar anda dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa sebarang halangan.

























Apakah yang dilindungi di bawah Takaful Perlindungan Komprehensif Kereta?

Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda, dalam keadaan:
PERLANGGARAN jika disebabkan oleh kemalangan atau kerosakan mekanikal
atau tahap normal haus dan lusuhnya sesebuah kereta
OBJEK YANG TERJATUH melainkan disebabkan oleh banjir, ribut atau malapetaka
semula jadi
KEBAKARAN, LETUPAN ATAU DISAMBAR PETIR
ROMPAKAN , PECAH KERETA ATAU KECURIAN
PERBUATAN JAHAT
APABILA DI DALAM TRANSIT (termasuk memenuhi muatan atau mengosongkan
muatan) di atas jalanraya, rel atau jalan air

Liabiliti pihak ketiga, bagi:-
KEMATIAN ATAU KECEDERAAN tubuh kepada pihak ketiga
KEROSAKAN kepada harta-benda pihak ketiga oleh kereta anda
KOS PERUNDANGAN yang dikenakan sehingga had sebanyak RM2,000

Apakah yang tidak dilindungi di bawah seksyen "Kehilangan atau Kerosakan pada
 kenderaan anda"?
KERUGIAN TURUTAN seperti kehilangan pendapatan akibat perlanggaran
KEHILANGAN KEGUNAAN KERETA
SUSUT NILAI, HAUS DAN LUSUH NORMAL BAGI KERETA
KEROSAKAN TAYAR KERETA ANDA melainkan kereta anda rosak pada masa yang
sama
Jumlah LEBIHAN yang dinyatakan pada jadual polisi anda.

Apakah yang tidak dilindungi di bawah seksyen "Liabiliti pihak ketiga"?
Kematian atau kecederaan tubuh kepada mana-mana penumpang yang dibawa untuk
 upah / ganjaran
Kerosakan kepada mana-mana harta-benda pihak ketiga di bawah pemilikan anda
Liabiliti kepada mana-mana ahli keluarga anda
Sebarang tuntutan atau tindakan undang-undang di luar Malaysia, Singapura atau Negara
Brunei Darussalam.


Apakah perlindungan tambahan di bawah polisi ini?
PERLINDUNGAN CERMIN DEPAN KERETA: Melindungi cermin kereta depan dan
 tingkap anda sekiranya berlaku keretakan/pecah. (Diskaun Tanpa Tuntutan tidak akan
terjejas dan sebarang lebihan di bawah polisi tidak akan dikenakan)
PERLINDUNGAN AKSESORI TAMBAHAN: Melindungi aksesori kereta daripada
kehilangan atau kerosakan. (Diskaun Tanpa Tuntutan tidak akan terjejas dan sebarang l
ebihan di bawah polisi tidak akan dikenakan)
PERLINDUNGAN PEMANDU TAMBAHAN: Meliputi perlindungan takaful kepada
nama tambahan pemandu
PERLINDUNGAN KEROSAKAN BANJIR: Melindungi kereta anda terhadap
kerosakan kereta disebabkan oleh Banjir, Taufan, Hurikan atau Ribut Kencang
PERLINDUNGAN KEMUSNAHAN AWAM: Melindungi kereta daripada kehilangan
atau kerosakan disebabkan mogok, rusuhan atau kekecohan awam
LIABILITI PENUMPANG DI SISI UNDANG-UNDANG: Melindungi anda terhadap
sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang
anda
LIABILITI UNDANG-UNDANG KEPADA PENUMPANG: Melindungi kereta anda
terhadap sebarang liabiliti undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana
penumpang anda. (Perlindungan ini adalah wajib sekiranya anda memandu kereta anda
di Singapura)
Apakah perkara-perkara biasa yang tidak boleh diterima untuk membuat 
sesuatu tuntutan?
Pemandu yang diberi kuasa tidak mempunyai kelas lesen yang bersesuaian
Kehilangan atau kerosakan:-
 
Kehilangan atau Kerosakan Disebabkan oleh pemanduan di bawah pengaruh dadah
 atau alkohol
Disebabkan oleh pengunaan kereta yang salah di sisi undang-undang oleh pemandu
 yang diberi kuasa
Kereta yang disebabkan oleh Kemusnahan Awam
Disebabkan oleh Banjir (melainkan polisi dilanjutkan)
Disebabkan daripada penggunaan di dalam sukan bermotor atau pertandingan
(seperti ujian memanjat bukit, perlumbaan kereta)
Apabila kereta rosak dan ditinggalkan tanpa langkah-langkah pengawasan untuk
menghalangnya daripada kerosakan yang lebih teruk
Atau liabiliti yang berlaku di luar Malaysia, Singapura atau
Negara Brunei Darussalam

Adakah pelan ini mempunyai Perkhidmatan Bantuan Kerosakan?
Ya. Semua pelanggan Takaful Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa mempunyai
 akses 24 jam untuk Auto Assist Etiqa. Ia menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:
Perkhidmatan Tundaan Kecemasan Kereta & Pembaikpulih Tepian Jalan 24 Jam
Bantuan pengangkutan alternatif
Khidmat untuk mengatur kemudahan penginapan hotel
Rujukan ke Pusat Servis
Khidmat Pesanan Kecemasan untuk anda menghubungi keluarga dan orang
tersayang jika berlakunya kemalangan

   
Seperti polisi insurans motor biasa, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:
 
3RD PARTY / Pihak ketiga

Memberikan anda perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga.
 
1ST PARTY / Komprehensif

Memberikan perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga; serta kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan.
 
Apabila anda menyertai takaful motor, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda akan memeterai perjanjian (aqad). Anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan.


No comments:

Post a Comment